Tuesday, 12 August 2014

Program Terapi Pasir

Program ini telah dijalankan dengan jayanya bertempat di Kompleks Sukan Air, Presint 5, Putrajaya. Seramai 21 orang murid berserta 7 orang guru dan Pembantu Pengurusan Murid turut serta dalam aktiviti ini. Program bermula pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.30 tengah hari. Tiada kecederaan atau kemalangan semasa aktiviti ini dijalankan.

Di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang aktiviti terapi ini adalah seperti berikut:

 Senaman ringan dilakukan sebelum aktiviti terapi dijalankan bagi meregangkan otot dan mengelakkan kecederaan.
 Aktiviti diketuai oleh Cikgu Norhayati dan murid segala arahan yang diberikan oleh beliau.
 Aktiviti ini amat berguna untuk meningkatkan keupayaan motor kasar individu
 Aktiviti ini dapat meningkatkan keupayaan murid berkenaan motor kasar seperti memegang benda, menulis dan lain-lain
 Aktiviti sukaneka dijalankan bagi menanam semangat bersaing di antara murid-murid di samping meningkatkan keupayaan motor kasar dan motor halus
Membuat binaan menggunakan pasir mengikut kumpulan yang telah diberikan.










Pihak PPKI SKTPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak iaitu PPD Sepang, pentadbir sekolah, ibubapa / penjaga, guru-guru dan pembantu pengurusan murid serta semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung bagi memastikan aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...