Friday 29 October 2021

Kem Bestari Solat Dalam Norma Baharu Bagi Murid PPKI Tahun 2021

Tarikh    : 29 Oktober 2021

Hari       : Jumaat

Tempat  : Kelas PPKI & Surau Raudatul Ilmi SKTPP

Tema     : ''Solat Pemangkin Kecemerlangan Ummah''.

Pendahuluan

Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti kokurikulum bagi murid PPKI. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat dalam kalangan murid. Pelaksanaan seawal umur 7 - 12 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah dalam kalangan murid-murid. Meskipun berlakunya pandemik COVID-19 yang menular ke seluruh dunia, program Kem Bestari Solat tetap dilaksanakan mengikut SOP yang telah disediakan sesuai dengan kaedah pelaksanaannya. 

Matlamat
Kem Bestari Solat Norma Baharu ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid PPKI mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.

Objektif 

1)  Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan

     syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2)  Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan

     lancar.

3)  Murid dapat menentukan kedudukan imam dan makmum semasa solat berjemaah.

4)  Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fardhu sebagai ibadat yang

     wajib dalam kehidupan harian

5)  Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama ada solat

     secara bersendirian ataupun berjemaah.


Disini, disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti berjalan untuk tatapan murid-murid:










Penutup

Program  yang dirancang ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kem Bestari Solat adalah sebahagian program j-QAF yang wajib dilaksanakan di sekolah. Oleh itu, diharapkan pelaksanaan kem ini akan dapat  memberi  kesan kepada murid-murid pendidikan khas untuk  meningkatkan kemahiran, kesungguhan  dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan fardhu ain yang diperintah oleh Allah swt. Semoga kem yang dirancang ini memberi manfaat kepada semua murid PPKI. 

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...