Friday 20 August 2021

Tahniah Nur Qaisara Arissa : Naib Johan Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021

Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021 telah dilaksanakan pada 16 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 secara dalam talian bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang mengamalkan tabiat membaca bahan-bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah, bahan bacaan melalui internet dan lain-lain sumber yang bersesuaian. Anugerah e-Nilam tersebut tetap dilaksanakan walaupun negara dilanda Pandemik Covid-19 dengan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP).

Salah seorang MBK daripada Program Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu inklusif penuh adik Nur Qaisara Arissa Binti Ahmad Kamal dari kelas 6 Bestari telah menyertai pertandingan tersebut. Pengumuman pemenang telah diumumkan secara Youtube Live semasa Majlis Penutup e-Nilam dan alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada adik Nur Qaisara kerana telah mencapai kejayaan Naib Johan bagi kategori Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah (Perempuan) mewakili daerah Sepang. Semoga adik Nur Qaisara terus cemerlang!

Di sini dilampirkan buku program dan gambar-gambar semasa Majlis Perasmian Penutupan & Pengumuman Pemenang melalui Youtube Live sebagai tatapan :


Klik sini  untuk paparan lengkap buku program Majlis Perasmian Penutupan & Pengumuman Pemenang Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021.

Bacaan doa

Ucapan Pengerusi Pengelola (Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor), 
Pn. Rozlina Binti Abdul Gahni

Ucapan Perasmian Penutupan (Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor), 
Puan Hajah Anismah Binti M.Noh





Tahniah adik Nur Qaisara Arissa Binti Ahmad Kamal dari kelas 6 Bestari,
 murid PPI (Inklusif Penuh).


Adalah diharapkan agar Anugerah e-Nilam Pendidikan Khas Peringkat Negeri Selangor 2021 dapat melahirkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang cintakan ilmu pengetahuan melalui tabiat membaca dan dapat melahirkan masyarakat yang berdaya saing seterusnya mampu menjadi pemangkin sebuah negara maju.

Sekali lagi tahniah dan syabas buat Nur Qaisara Arissa binti Ahmad Kamal!

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...