Saturday 24 April 2021

Mesyuarat JPPKS dan Inklusif 2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, bertarikh 24 April 2021 yang lalu, telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Program Pendidikan Khas Sekolah ( JPPKS ) dan Inklusif Sekolah bagi sesi persekolahan 2021. Mesyuarat ini berlangsung secara dalam talian menerusi aplikasi "Google Meet" memandangkan negara masih dalam situasi pandemik Covid - 19. Biarpun begitu, sambutan daripada ibu bapa yang terlibat amat baik. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat walaupun mesyuarat berlangsung pada hari cuti.






Disertakan pautan untuk  buku program;   

https://online.fliphtml5.com/ikmpb/hkfa/#p=1

Mesyuarat dimulakan seawal 9.00 pagi dengan ucapan pengerusi majlis, Penolong Kanan PPKI, YDP PIBG , Guru Besar SKTPP, serta Pegawai daripada PPD Daerah Sepang. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan hasil penilaian guru- guru PPKI terhadap 9 orang murid (8 orang murid tahun 1, seorang murid tahun 2). Hasil perbincangan, kesemua murid adalah layak untuk ditempatkan di Program Pendidikan Khas. Namun, seorang murid tahun 1, Syed Muhammad Furqan telah mendapat kelulusan untuk bertukar ke SKTPP2.






Seterusnya, pembentangan daripada beberapa orang guru aliran perdana mengenai permasalahan murid mereka untuk diperbincangkan untuk penempatan murid-murid ini.

Seterusnya, pembentangan oleh Pn Norhamizah binti Hamzah, PK PPKI mengenai program inklusif yang telah dijalankan. Beberapa kekangan yang dihadapi sepanjang pandemik ni turut dibincangkan. Mesyuarat ini telah membuahkan pelbagai cadangan untuk penambahbaikan. 

Kerjasama yang baik daripada ibu bapa dan pelbagai agensi sepanjang mesyuarat ini amatlah membanggakan. Moga kerjasama ini berterusan demi kebaikan anak-anak istimewa SKTPP

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...