Tuesday 22 October 2019

Aktiviti Kemahiran Sosial Di Tempat Awam : Terapi Membeli-belah Di Tesco Extra Bukit Puchong

Tarikh   : 22 Oktober 2019
Hari       : Selasa
Masa     : 7:30 pagi - 1:00 petang
Tempat : Tesco Extra Bukit Puchong, 1, Jalan BP7, Bandar Bukit Puchong, 47120, Puchong, Selangor.

Aktiviti kemahiran sosial di tempat awam diadakan bertujuan membina dan meningkatkan kemahiran sosial murid dalam kehidupan seharian dan untuk meningkatkan tingkah laku positif kepada murid.

Objektif aktiviti ini adalah :

  1. Memberi peluang kepada murid mencuba untuk berdikari dan belajar untuk membeli-belah di tempat awam dengan tatacara yang betul.
  2. Melatih murid-murid lebih berdisiplin dan mengikut arahan serta peraturan yang ditetapkan.
  3. Membolehkan murid lebih berkeyakinan pada diri sendiri untuk menghadapi dunia luar apabila tamat persekolahan kelak.

Pengisian Aktiviti :

Selasa (22 Oktober 2019)
Masa
Agenda
7:30 pagi



 - Mula berkumpul di perkarangan sekolah
 - Pendaftaran dan mengambil kehadiran murid
 - Sarapan pagi (RMT)
 - Pengagihan murid kepada guru pengiring dan 
   Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
8:30 pagi
 - Bertolak ke Tesco Extra Bukit Puchong
9:00 pagi
 - Dijangka tiba di Tesco Extra Bukit Puchong
9:30 pagi
 - Guru penyelaras memberikan taklimat ringkas tentang 
    syarat-syarat dan peraturan-peraturan sepanjang 
    aktiviti.

 - Pengagihan kumpulan aktiviti
10:00 pagi
 - Permainan 'Tressure Hunt'
11:00 pagi
 - Terapi membeli-belah
12:00 tengah hari
 - Makan tengah hari di Tesco
12:40 tengah hari
 - Bertolak ke Tesco Extra Bukit Puchong
1:00 petang
 - Tiba di SK Taman Putra Perdana

Aktiviti Kemahiran Sosial di Tempat Awam : Terapi Membeli-Belah Pendidikan Khas merupakan salah satu aktiviti yang banyak memberikan manfaat kepada semua murid. Selain daripada memberikan kelainan dalam corak pengajaran dan pembelajaran, melalui program sebegini murid dapat membina keyakinan diri sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Ribuan terima kasih kepada pihak Tesco Extra Bukit Puchong kerana memberikan kebenaran kepada pihak kami menjalankan aktiviti ini.

Antara gambar-gambar sepanjang aktiviti berjalan :


Pendaftaran dan mengambil kehadiran murid.

Sarapan pagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah

Tiba di Tesco Extra Bukit Puchong

    

Permainan 'Treasure Hunt' mengikut kumpulan yang ditetapkan.

                                                                                     
Terapi Membeli-Belah

                             
                         
Makan tengah hari di 'Burger King' Tesco Extra Bukit Puchong.



                    Bergambar kenang-kenangan dengan pihak Tesco Extra Bukit Puchong.

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...