Friday 3 August 2018

Kem Bestari Solat Siri 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 3 Ogos 2018 bersamaan hari Jumaat, telah diadakan Kem Bestari Solat siri ke-2 bertempat di kelas PPKI. Program berlangsung sepanjang hari melibatkan beberapa fasa aktiviti.

Murid dipecahkan kepada enam kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai pelbagai tahap umur. Seramai 2 orang guru dilantik menjadi fasilitator bagi memastikan kelancaran aktiviti.





Sebelum bermulanya aktiviti, murid diberikan penerangan secara berkumpulan tentang tatacara untuk berwudhuk melalui tayangan video oleh Ustaz Mahadir dan cikgu Roslina.



Selesai sesi penerangan secara kumpulan besar, murid kemudiannya mengikuti aktiviti dalam kumpulan melalui latihan secara bertulis dengan bimbingan guru fasilitator. Fasi turut bersoal jawab dengan murid sebagai pengukuhan.



Sebaik murid selesai rehat, aktiviti bersambung dengan amali mengambil wudhuk. 




Selesai amali berwudhuk, aktiviti diteruskan dengan amali solat. Penerangan diberikan melalui video terlebih dahulu sebelum  amali solat Isyak dijalankan.








Program berakhir pada jam 1150 pagi. Semoga aktiviti kali ini mampu memberi impak dan pemahaman yang lebih kepada murid Islam untuk menjalani ibadat solat.

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...