Program perkhemahan
adalah penting untuk murid-murid Pendidikan Khas. Program seperti ini harus
dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping
dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada
persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini. Oleh itu, tercetuslah satu program yang diberikan nama:
Tajuk : Agoonoree Pendidikan Khas 2018 Daerah Sepang
Tarikh : 28 Februari - 1 Mac 2018
Tempat : Seri Dusun, Lot 961, Jalan Hj. Marmo, Kg. Giching, 43900 Sepang, Selangor.
Matlamat Program :
1. Menanam semangat kecekalan
hati, keyakinan diri, berdisiplin sambil membina kecergasan fizikal dan mental
dalam menghadapi cabaran untuk
melahirkan generasi wawasan.
2. Memupuk kesedaran cintakan alam sekitar dan
membiasakan diri dalam segala aktiviti yang mencabar.
3. Melatih dan membimbing
semangat setia kawan dan bekerja dalam berkumpulan ”team work” demi membentuk
masyarakat yang harmoni pada masa akan datang.
4. Untuk mengukuhkan dasar tegas
keperibadian dan individual ”culture” dalam rangka membentuk asas penghidupan
di samping memupuk sikap hormat-menghormati dan bertanggungjawab.
Objektif Program
1. Mendedahkan para peserta
kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2. Melatih
para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3. Melatih para peserta melaksanakan
aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan berdisiplin.
4. Mendedahkan para peserta
dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
5. Memberi peluang kepada para
peserta menjalani latihan-latihan lasak dan mencabar.
6. Memberi peluang kepada para
peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.
Antara gambar-gambar aktiviti yang telah dirancang sepanjang program berjalan:
Sesi ketibaan:
Aktiviti 1:
- Persetiaan Pengakap
- Cogan Kata & Lencana Pengakap
Aktiviti 2:
Semoga dengan terlaksananya program ini, ianya
dapat memberi ruang kepada para
pelajar pendidikan khas untuk merasai
dan mengalami sendiri pengalaman berkhemah bersama rakan-rakan sebaya sambil
mempelajari sesuatu yang baru dan mengaplikasikan apa yang diajar oleh
guru-guru di sekolah dalam keadaan yang sebenar.
Sesi bergambar kenang-kenangan :
|
No comments:
Post a Comment