Pada 12 Oktober 2017 bersamaan hari Khamis, telah diadakan satu Aktiviti Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor di Dreamworld Indoor Playcentre IOI City Mall Putrajaya. Bilangan ahli rombongan adalah seramai 67 orang terdiri daripada 51 orang murid, 12 orang guru dan 4 orang PPM.
Seiring dengan keperluan murid-murid khas, Dreamworld Indoor Playcentre menyediakan pelbagai kemudahan serta permainan yang mampu meningkatkan daya pengamatan dan merangsang murid-murid tersebut untuk bertindakbalas secara positif terhadap sesuatu selain menyediakan ruang untuk mereka bersosial.
Seawal jam 7.30 pagi, murid telah dikumpulkan untuk bersarapan pagi. Murid kemudiannya dibahagikan kepada 2 bahagian kerana rombongan akan bergerak ke IOI City Mall menaiki 2 buah bas.
Sekitar pukul 10.00 pagi, rombongan tiba di IOI City Mall. Murid diberi peluang untuk bermain sepuas-puasya selama hampir 2 jam.
Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil sepanjang aktiviti berjalan:
Rombongan tiba di perkarangan sekolah sekitar jam 1.30 petang.

Murid begitu teruja dan gembira dengan segala permainan yang disediakan. Jelas kelihatan keterujaan dan keseronokan di riak muka mereka.
Anggaran pukul 12.00 tengah hari, murid-murid dikumpulkan semula untuk makan tengah hari sebelum bertolak pulang ke sekolah.
Rombongan tiba di perkarangan sekolah sekitar jam 1.30 petang.
No comments:
Post a Comment