Tarikh: 2 Ogos 2017
Tempat : Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah
(SISFEC) Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Bilangan Guru/PPM: 5
guru, 2 PPM
Bilangan Murid: 25 orang
Murid-murid PPKI dari SK Taman Putra Perdana dijemput buat kali kedua bagi menyertai
program anjuran Fakulti Perhutanan dari
UPM ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan murid-murid PPKI kepada
persekitaran dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan
keyakinan diri, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi dalam kerja berkumpulan.
Matlamat program adalah:
· ☆ Membangunkan modul pendidikan alam semulajadi
untuk murid sekolah di PPKI kategori masalah pembelajaran
· ☆ Membentuk sekolah-sekolah di PPKI Daerah Sepang
menjadi contoh dalam pendidikan alam semula jadi untuk PPKI di sekolah-sekolah lain di Selangor
· ☆Membentuk jaringan dalam kalangan
sekolah-sekolah PPKI yang peka dan aktif dalam aktiviti pendidikan alam semula jadi
Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang
program:-
1. Aktiviti ‘Pecah bendung’ -
Murid-murid dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing bagi
melakukan aktiviti ini. Aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah untuk memberi
persediaan dan keyakinan murid terhadap persekitaran hutan di sekeliling mereka.
2. Aktiviti Keunikan Hutan kepada kita -
Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti di setiap stesen
mengikut modul yang disediakan. Murid-murid
akan dibantu oleh fasilitator dari kalangan pelajar UPM
Stesen 1 : Hutan dan Udara
Stesen 2 : Hutan dan Air
Stesen 3 : Hutan dan Hakisan
Stesen 4 : Hutan dan Muzik
Stesen 5 : Hutan dan Deria
Aktiviti Pecah Bendung |
Terima kasih... Jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment