Friday 11 November 2016

Program Pendidikan Alam Semulajadi Bersama Murid-Murid Pendidikan Khas Intergrasi (PPAS - PPKI)


Tarikh: 9 November 2016
Tempat : Pusat Pendidikan Perhutanan Sultan Idris Shah (SISFEC) Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Bilangan Guru/PPM: 9 guru ,  2 PPM
Bilangan Murid: 25 orang

Murid-murid PPKI dari SKTPP merupakan murid-murid pertama dan perintis  dalam Daerah Sepang yang telah dijemput menyertai program  anjuran Fakulti Perhutanan dari UPM ini. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan murid-murid PPKI kepada persekitaran dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi dalam kerja berkumpulan.

Matlamat program adalah:
  • membangunkan modul pendidikan alam semulajadi untuk murid sekolah di PPKI kategori masalah pembelajaran
  • Membentuk sekolah-sekolah di PPKI di Daerah Sepang menjadi contoh dalam pendidikan alam semula jadi untuk PPKI di sekolah-sekolah yang lain di selangor
  • Membentuk jaringan dalam kalangan sekolah-sekolah PPKI yang peka dan aktif dalam aktiviti pendidikan alam sekitar

Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program:-

1. Aktiviti di dalam denai
Sepanjang perjalanan di denai murid-murid telah dapat mengenali dan mempelajari perkara-perkara seperti 

  • Biji benih yang pelbagai bentuk, saiz dan cara penyebaran
  • Daun-daun yang pelbagai bentuk dan saiz 
  • Saiz pokok di mana murid telah diperkenalkan dengan akar banir pokok yang penting dalam menyokong pertumbuhan pokok hutan
  • Kepentingan dan keperluan cahaya matahari, air dan nutrien kepada tumbuhan dan haiwan
  • Haiwan liar yang boleh didapati di dalam hutan seperti serangga, semut hutan, kelawar dan burung.
  • Murid-murid turut diperkenalkan dengan kulat dan kepentingan kulat sebagai bahan pereput untuk mengembalikan nutrien ke dalam tanah.

2. Aktiviti Trust Fall
  • Peserta telah dijatuhkan pada ketinggian yang berbeza dan disambut oleh ahli-ahli kumpulan masing-masing 
3. Aktiviti menanam pokok
  • Murid-murid telah menanam pokok dan dibantu oleh fasilitator
1. Aktiviti mengenal biji benih  2. Aktiviti mengenal kulat  3. Aktiviti mengenal haiwan liar  4. Aktiviti mengenal habitat haiwan 

1. Aktiviti mengenal bentuk dan saiz daun  2. Aktiviti menanam pokok  3. Aktiviti Trust Fall 

Aktiviti pendidikan mengenai hutan dan alam sekitar adalah sangat penting dan seharusnya melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat termasuklah golongan kelainan upaya. 

Berita Program Terapi Alam Sekitar PPKI SKTPP telah keluar Utusan Malaysia bertarikh 28 November 2016

No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...