Thursday, 3 September 2015

Terapi Pasir di Bagan Lalang

Rabu, 3 September - PPKI SK Taman Putra Perdana menjalankan aktiviti terapi pasir di Bagan Lalang. Aktiviti ini disertai oleh  28 orang termasuk guru, murid dan pembantu pengurusan murid.  Tujuan terapi ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan murid. Selain itu, terapi pasir membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat  merangsang pemikiran murid  serta mengurangkan tekanan emosi. Ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran sosial dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain daripada itu, dengan melaksanakan terapi ini secara tidak langsung  membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir.

Sarapan pagi sebelum bertolak.



Melakukan senaman ringan sebelum memulakan aktiviti terapi


Permainan kecil
 a) pingpong dalam sudu
 b) isi pasir dalam botol



Terapi pasir





Makan tengah hari di KFC






No comments:

Post a Comment

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...