Pada Rabu, 5 November
- Murid-murid PPKI telah mengikuti terapi Floor Time di Berjaya
Times Square anjuran Unit Pendidikan Khas SK Taman Putra Perdana.
Aktiviti ini disertai oleh murid PPKI seramai 22 orang dan 6 orang guru
beserta 2 orang pembantu pengurusan murid. Terapi Floor Time ini merupakan satu
usaha bagi merangsang perkembangan emosional, membina sikap positif serta
akhlak yang baik, meningkatkan kecerdasan dan memupuk sikap berdikari dalam
diri setiap murid.
Antara aksi dan gelagat murid bersama guru pada hari tersebut….
Semua
murid dan guru tiba di sekolah dengan selamat pada jam 4.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua murid dan ibu bapa. Jumpa lagi dalam sesi terapi yang akan datang..
No comments:
Post a Comment