Wednesday 24 July 2013

BENGKEL TERAPI CARA KERJA 2013


Sabtu, 20 Julai 2013 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah mengadakan satu bengkel terapi cara kerja yang julung-julung kali diadakan dan telah disertai oleh 11 guru, 3 pembantu pengurusan murid (PPM), 15 murid dan 9 orang ibu bapa murid PPKI.Program ini berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 1 petang dan telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK Taman Putra Perdana, Tuan Hj Khairul Azhar.  Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru, ibu bapa dan murid-murid PPKI mengenai terapi cara kerja dan cara pembelajaran yang sesuai untuk murid-murid ini. Terdapat 2 slot ceramah yang telah diberikan oleh 2 orang penceramah iaitu: 
(1) Ceramah dan bengkel terapi cara kerja "Sensori Integrasi dan Pembelajaran di dalam Kelas" oleh Cik Nazahiyah Abdullah
(2) Ceramah "Pengurusan Sikap dari Sudut Psikologi dan Nutrisi" oleh Encik Zamzuri Abdullah

Pelbagai pengetahuan dan kemahiran baru berkaitan sensori murid-murid Pendidikan Khas telah didedahkan oleh Cik Nazahiyah kepada peserta bengkel. Setiap murid ini mempunyai pelbagai tahap dan keupayan fizikal. Oleh itu, terapi cara kerja yang diberikan kepada murid-murid ini perlulah mengikut keupayaan dan keperluan mereka. 

Encik Zamzuri pula menekankan bahawa pemakanan yang diambil oleh murid-murid Pendidikan Khas ini dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku mereka. Murid-murid ini digalakkan untuk mengambil makanan yang berkhasiat dan perlu mengelakkan mengambil makanan ringan.

Diharapkan bengkel seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang sebagai satu usaha untuk membantu meningkatkan kemahiran fizikal murid-murid Pendidikan Khas yang amat berhubung kait dengan pembelajaran mereka seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Banner Bengkel Terapi Cara Kerja

Pendaftaran ibu bapa

Murid-murid dan ibu bapa menunggu kehadiran penceramah

Ucapan penyelaras PPKI, Pn Roslina Jafar

Dirasmikan oleh YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar

Ceramah terapi cara kerja oleh Cik Nazahiyah Abdullah

Aktiviti terapi cara kerja

Murid teruja melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan

Ibu bapa dan guru-guru memerhati aktiviti yang dilakukan oleh murid

Guru besar, En Sukimin B Juki mengemukakan soalan kepada penceramah, En Zamzuri Abdullah

Guru-guru PPKI bergambar bersama-sama guru besar, YDP PIBG dan penceramah

Laporan disediakan oleh: Cik Nur Hidayah Bt Taha (Guru praktikum PPKI)






No comments:

Post a Comment

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...