Thursday, 26 September 2019

Terapi Mandi Herba Dan Pengurusan Diri

Tarikh: 26 September 2019
Hari : Khamis
Masa: 8.00 pagi - 11.30 tengah hari
Tempat: Kelas PPKI SK Taman Putra Perdana

Terapi mandi herba ini diharapkan dapat membuka minda murid berkeperluan khas dalam mempertingkatkan kemahiran murid dalam pengurusan diri, bagi pelbagai aspek terutamanya di luar lingkungan sekolah khasnya dan keluarga amnya. Ia juga diharapkan dapat membentuk tingkah laku positif dan meningkatkan keupayaan berfikir secara rasional murid-murid. Ini ada perkaitan dalam matapelajaran pengurusan diri di bawah tajuk Adab dan Tatasusila. Aktiviti pengurusan diri ini dapat memberi galakan kepada murid-murid supaya berkeupayaan melakukan aktiviti-aktiviti pengurusan diri dan dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang lain dalam mengurus diri.

Objektif utama program ini:

 1. Membentuk tingkahlaku positif murid berkeperluan khas.

2. Mempertingkatkan keyakinan diri murid.

3. Memberikan peluang kepada semua murid melakukan aktiviti pengurusan diri dengan baik.

4. Menyediakan peluang ke arah pengurusan diri dan mengurangkan kebergantungan kepada individu lain.

Di bawah ini disertakan gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan:














Thursday, 29 August 2019

Terapi Lokomotor, Bukan Lokomotor dan Kemahiran Sosial Di Tempat Awam Di Homestay Dorani, Kuala Selangor

Pada 29 Ogos 2019, PPKI SKTPP telah menjalankan lawatan ilmiah di beberapa tempat yang menarik di sekitar daerah Kuala Selangor bagi aktiviti terapi lokomotor dan bukan lokomotor serta kemahiran sosial di tempat awam. Aktiviti ini turut disertai oleh para waris dan ibu bapa. Antara tempat yang dilawati ialah Kilang Nata de Coco, Kilang Memproses Minyak Kelapa Dara (Moh Food Enterprise) dan Homestay Dorani yang terletak di Sungai Besar, Kuala Selangor.

Di Kilang Nata de Coco, kami disambut mesra oleh staf kilang dan dibawa untuk menyaksikan proses nata de coco dihasilkan melalui proses penapaian air kelapa. Kami juga diberi peluang untuk merasa nata de coco mentah yang belum diproses untuk dipasarkan. 





Kemudian kami melawat pula kilang memproses minyak kelapa dara. Di sana kami ditunjukkan cara-cara memproses kelapa iaitu dari proses memarut, menyangai dan dimasukkan ke dalam mesin khas untuk menghasilkan minyak kelapa dara. Kami juga diberi peluang untuk merasa minyak yang baru sahaja dihasilkan. Kami dimaklumkan bahawa terdapat pelbagai khasiat dengan menggunakan minyak kelapa dara untuk kegunaan luaran dan dalaman.

Selepas itu, kami melawat pula kilang memproses pelbagai jenis kerepek. Terdapat pelbagai jenis kerepek tradisional yang dijual dan kami sekali lagi bertuah kerana diberi peluang untuk merasa kerepek yang dihasilkan. Kami sempat memilih dan membeli kerepek yang dijual. Kami juga makan tengah hari di situ.





Selesai sahaja makan tengah hari dan sesi fotografi, kami bertolak ke Homestay Haji Dorani. Di sana kami melakukan pelbagai aktiviti yang menarik seperti mencanting batik, bermain layang-layang, makan nasi ambeng dan juga menangkap ikan keli di sawah. Murid-murid, guru dan ibu bapa sangat teruja dengan aktiviti di perkampungan sawah yang belum pernah dilakukan sebelum ini.






Setelah penat berseronok kami pun bersiap sedia untuk pulang ke sekolah. Kami sangat seronok dan berharap aktiviti dan terapi yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan memberi pengalaman baharu kepada semua. 

Wednesday, 31 July 2019

Lawatan Ke Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Sepang 2019 DI SMK PUTRA PERDANA

Pada 31 Julai 2019, PPKI SKTPP dijemput hadir untuk memeriahkan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas Daerah Sepang yang diadakan di SMK Putra Perdana. Terdapat pelbagai jenis pameran dan jualan yang diadakan di sana. Antaranya ialah jualan hasil tanaman oleh pelajar PPKI SMKPP, makanan dan minuman, kraf tangan dan perabot serta pertandingan yang dianjurkan oleh SMKPP. 

Dua orang murid PPKI sekolah kita telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Membuat Sandwic untuk murid sekolah rendah. Murid yang terlibat ialah Muhammad Adam Izzuddin dari kelas Cricket dan Mohammad Amin dari kelas Aquatics. Mereka dibimbing dan dilatih oleh dua orang guru PPKI sekolah kita iaitu Cikgu Norfauziaton dan Ustazah Maizan. Berkat usaha dan kerajinan murid serta bimbingan para guru, sekolah kita telah memperoleh kejayaan dengan memenangi Tempat Pertama dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan!














Friday, 26 July 2019

Majlis Sambutan Hari Lahir Murid PPKI Bulan Januari Hingga Julai 2019

Pada 26 Julai 2019, PPKI SKTPP telah mengadakan majlis Sambutan Hari Lahir murid yang lahir pada bulan Januari hingga Julai. Majlis ini turut dihadiri oleh pihak pentadbir sekolah dan tetamu kehormat iaitu YDP PIBG; Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dan CEO syarikat dari Jepun iaitu Encik Nakamura yang telah memberikan banyak sumbangan kepada PPKI sekolah kita. Untuk makluman, CEO syarikat ini merupakan majikan kepada ibu murid PPKI kita iaitu Muhammad Najmuddin dari kelas Squash. 

   Murid-murid dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang lazat yang telah disediakan oleh ibu bapa dan juga pihak PPKI SKTPP. Murid-murid yang dirai diberi hadiah serta cenderahati serta kek yang telah disumbangkan oleh ibu bapa. 

   Para tetamu yang hadir juga disajikan persembahan nyanyian dan tarian oleh murid PPKI. Kami berasa sangat terharu apabila melihat CEO syarikat tersebut menangis kerana tersentuh dengan persembahan yang telah disaksikan beliau. Beliau juga turut membuat ucapan dan memaklumkan bahawa pada masa akan datang, beliau berbesar hati untuk membantu dan memberi sumbangan lagi kepada PPKI sekolah kita. 

   Kami berasa amat bersyukur kerana ada pihak yang sudi membantu dalam menjayakan majlis ini serta prihatin dalam perkembangan murid-murid PPKI SKTPP supaya lebih maju ke hadapan. Terima kasih Encik Nakamura!




















Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...