Wednesday, 18 July 2018

Program Pendidikan Alam Semulajadi Bersama Murid-Murid Pendidikan Khas Integrasi


Hutan merupakan khazanah alam semulajadi yang paling berharga dan mempunyai pelbagai fungsi termasuklah sebagai kawasan tadahan air, habitat kepada flora dan fauna, mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu, gas-gas dan udara, sumber ekonomi (rotan, buluh, balak), dan sebagai kawasan rekreasi, penyelidikan dan pendidikan.


Aktiviti pendidikan mengenai hutan dan alam semulajadi adalah sangat penting dan seharusnya melibatkan pelbagai golongan lapisan masyarakat termasuklah golongan kelainan upaya. Oleh yang demikian, Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program ini untuk kanak-kanak kategori kelainan upaya masalah pembelajaran sekolah-sekolah daerah Sepang, Selangor dan PPKI SKTPP adalah sekolah yang terpilih untuk terlibat di dalam program ini.




Tujuan aktiviti ini adalah untuk mendedahkan murid-murid PPKI kepada alam semulajadi dan kepelbagaian sumber hutan di samping membantu meningkatkan keyakinan diri. Ia juga diharap sebagai suatu bentuk terapi di mana murid-murid kelainan upaya ini memperoleh pengalaman melakukan aktiviti pembelajaran di suasana hutan yang damai.




Program kali ini adalah siri ketiga kepada program pendidikan alam semula jadi yang berterusan khusus untuk PPKI SKTPP dan Daerah Sepang. Terima kasih banyak buat UPM.


Stesen 1 :  Makanan




Stesen 2 :  Buah-buahan




Stesen 3 :  Permainan


Stesen 4 :  Kraf





Foto-foto sepanjang program dijalankan












Ucapan oleh Guru Besar SKTPP; Pn. Rohaidah Mohd. Ali

Ucapan oleh Prof Madya Dr. Kamziah binti Abdul Kudus
Fakulti Perhutanan UPM


Thursday, 12 July 2018

Majlis Sambutan Hari Jadi Murid & Perpisahan Pn. Siti Nurulhuda binti Mohd Ariff (PPM)

                     

Tarikh : 12 Julai 2018
Hari     : Khamis 
Masa   : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Objektif Majlis

  1. Mewujudkan dan merapatkan silaturrahim antara murid-murid, guru-guru dan pembantu pengurusan murid (PPM).
  2. Membolehkan murid merasai kenangan manis (hari jadi) dan kenangan sedih (berpisah).
  3. Melahirkan murid-murid PPKI yang berkeperibadian mulia.
  4. Melatih murid dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku.

Atur Cara Majlis


Gambar-gambar sepanjang program

Aktiviti Senamrobik


Ucapan Penolong Kanan PPKI
Pn. Norhamizah binti Hamzah

Ucapan YDP PIBG
Tuan Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
Acara memotong kek hari jadi

Jamuan makan
Persembahan Badut






Wednesday, 11 July 2018

Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2018, Terengganu.

'SELAMAT DATANG KONTINJEN SELANGOR'

BUAT HABIS BAIK!
  • Korobori merupakan satu acara di mana semua pengakap kanak-kanak berhimpun bersama dalam satu sesi perkhemahan.
  • Pada 6 - 10 Julai 2018 telah diadakan Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan Tahun 2018  bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Selama 5 hari 4 malam mereka telah berkampung di kem tersebut dan melalui pengalaman yang amat menyeronokkan. 


  • Seramai 3 orang murid dan 2 orang guru PPKI SKTPP turut serta dalam perkhemahan tersebut dan berjaya menyiapkan tugasan serta aktiviti dengan jayanya.


  • Korobori Pengakap Kebangsaan 2018 yang menghimpunkan kira-kira 7,000 pengakap kanak-kanak seluruh negara disempurnakan perasmiannya oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin. Keberangkatan Baginda disambut oleh Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya serta Pegawai Kewangan negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim. Turut hadir, Ahli Pangkuan Diraja Terengganu; barisan Exco kerajaan negeri; Mufti Negeri, Datuk Dr. Zulkifly Muda; Ketua Pengakap Negara, Tan Sri  Dr. Shafie Salleh dan Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Datuk Abdullah Taib.




Kontinjen Pendidikan Khas Selangor.

Aktiviti lasak - Munirah melakukan aktiviti rintangan & halangan

Damia melakukan aktiviti lasak dengan jayanya.

Najib Haikal dan rakan-rakan begitu gembira sekali melalukan aktiviti lasak.

Aktiviti Permainan Rakyat
  • Sepanjang perkhemahan ini murid-murid didedahkan dengan ilmu dalam pengakap termasuk berkaitan dengan ketahanan diri, berdikari dan dapat mengeratkan persahabatan dengan rakan-rakan di negeri yang lain.
Aktiviti 'Bot Tour' melihat keindahan pesisir laut Terengganu.

Membina Arca Pasir

Aktiviti Permainan Rakyat

Pameran aset ketenteraan oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Aktiviti membuat kuih onde-onde.

Peserta mempelajari cara membuat ikatan tripod dan simpulan.

Yeayyyy..happy dapat makan!

Aktiviti membuat kraf dari bahan terbuang.

  • Diharap program ini dapat diteruskan setiap tahun dan memberi peluang lebih ramai murid untuk menyertai bagi membolehkan mereka meneroka dunia luar dan meningkatkan motivasi dalam diri dengan lebih baik.
Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian Anugerah Korobori. 

Alhamdulillah..Jom balik rumah!

  • #BUATHABISBAIK
  • #KOROBORIPENGAKAP2018
  • #PPKISKTPP

Tuesday, 5 June 2018

Majlis Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Mei dan Jun 2018

Tarikh     : 5 Jun 2018
Hari         : Selasa
Masa       : 7:30 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan

Pada hari ini, PPKI SKTPP menyambut hari lahir kepada murid yang lahir pada bulan Mei dan Jun.
Ini adalah salah satu aktiviti tahunan mengikut kalendar SKTPP tahun 2018. Seramai 10 orang murid terlibat dalam proses sambutan ini di mana GPK HEM telah menyampaikan hadiah hari jadi kepada mereka.

 Antara murid yang terlibat:
1) Nur Alyssa El- Emin
2) Nurul Syafiqah
3) Muhammad Syaheed
4) Putri Nurdini Damia
5) Adam Onel
6) Muhammad Arsyad
7) Muhamad Afiq Najmi
8) Muhammad Afiq Affandy
9) Nur Azmina
10) Muhammad Najmuddin

Gambar-gambar sepanjang majlis penyampaian hadiah




Selamat hari ulangtahun kelahiran

Disediakan oleh:
Mahadir

Gotong Royong Madani 2024

  Bertarikh 11 Mei 2024 (Sabtu), telah berlangsungnya gotong royong madani peringkat SK Taman Putra Perdana. PPKI juga turut membentuk sebua...