Tarikh: 12 Mac 2019
Hari: Selasa
Masa: 12.30 tengah hari
Tempat: Terminal Muafakat
Satu taklimat berkaitan Pendidikan Inklusif telah dilaksanakan untuk memberi pendedahan dengan lebih jelas dan mendalam kepada guru-guru aliran perdana dan juga ibu bapa murid Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) yang layak diinklusifkan . Jumlah murid yang diinklusifkan adalah seramai 21 orang iaitu 3 orang inklusif penuh dan 18 orang inklusif separa. Antara mata pelajaran yang terlibat adalah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
No comments:
Post a Comment