Rabu, 6 Mei 2015 - Murid-murid PPKI SK Taman Putra Perdana telah menjalani aktiviti terapi renang di Pusat Rekreasi Air, Presint 11, Putrajaya. Aktiviti ini merupakan salah satu program terapi yang dijalankan setiap tahun di PPKI SK Taman Putra Perdana. Seramai 19 orang murid telah hadir dan mengikuti program terapi yang dijalankan ini di samping 7 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Program terapi renang yang dijalankan ini merupakan salah satu aktiviti luar bilik darjah yang sangat menyeronokkan kepada mereka. Sepanjang aktiviti berjalan, murid-murid begitu teruja dan seronok bermain air di dalam kolam renang. Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang turut serta dan membantu mengurus murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan dengan penuh komitmen dan dedikasi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan program terapi renang ini dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment