Khamis, 26 Feb 2015 - Aktiviti Lapangan - Terapi Berkuda telah diadakan bertempat di padang sekolah. Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di samping meningkatkan kemahiran individu, psikomotor kasar dan halus.
Sebelum terapi berkuda dijalankan, murid - murid melakukan regangan bagi memanaskan badan. Penerangan tentang aspek keselamatan sebelum dan semasa menunggang kuda juga diberikan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
2 ekor kuda digunakan secara bergilir-gilir membawa murid mengeliling kawasan padang sekolah. Sepanjang aktiviti berlangsung, murid kelihatan sangat seronok dan teruja.
disediakan oleh : Pn Nurul Iman binti Illyas
No comments:
Post a Comment