Thursday 28 April 2016

Terapi Floortime (Bouncing Castle) & Sambutan Majlis Hari Jadi

Khamis, 28 April - Sempena menyambut majlis hari jadi murid-murid PPKI yang lahir dari bulan Januari hingga Jun, Unit Pendidikan Khas SKTPP telah mengadakan aktiviti Terapi Floortime (Bouncing Castle). Peralatan untuk aktiviti Bouncing Castle atau lebih dikenali Istana Belon ini telah ditaja penuh oleh syarikat luar "Moms Diamond Ent." dari Shah Alam. Program yang julung kali dijalankan ini turut dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga telah menambahkan lagi kemeriahan dalam suasana menyambut hari jadi murid.

Objektif program ini adalah bagi:
a) Meningkatkan kemahiran lokomotor murid.
b) Memperbaiki kemahiran bersosial dan komunikasi sesama murid dan masyarakat.
c) Membina suasana belajar sambil bermain.

Bouncing Castle sedia untuk murid-murid

Penghargaan kepada penyumbang peralatan Bouncing Castle
Antara ibu bapa yang hadir
Senaman regangan sebelum bermula aktiviti
Senaman dipimpin oleh adik Hafiz
Aktiviti pembahagian kumpulan
Wajah-wajah ceria murid sepanjang majlis
Antara kek yang disumbang oleh ibu bapa
Penyampaian hadiah cabutan bertuah



Aktiviti sukaneka



Penyampaian hadiah hari jadi

Saturday 9 April 2016

Karnival Dakwah Sekolah Sekolah Daerah Sepang (KPM) Acara PPKI

Sabtu, 9 April 2016 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah menyertai Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Daerah Sepang (KPM) acara PPKI di bawah anjuran Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rawang. Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. 

Program ini bertemakan  'Perpaduan Transformasi Negara'

Antara acara yang dipertandingkan ialah:

1. Hafazan lelaki dan perempuan
2. Tilawah lelaki dan perempuan
3. Bercerita
4. Tulisan Khat
5. Azan Subuh
6. Nasyid


SK Taman Putra Perdana telah menyertai pertandingan Tulisan Khat, Azan Subuh dan Nasyid. Alhamdulillah SK Taman Putra Perdana mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Nasyid dan Azan Subuh dan tempat kelima dalam pertandingan khat.


Berikut antara gambar-gambar kejayaan murid PPKI SK Taman Putra Perdana dalam Karnival Dakwah tersebut:

Bergambar bersama Puan Pegawai PPD Unit Pendidikan khas dan Pemulihan Khas; Pn Zalifah bt Reduan





 


Amir mengalunkan azan subuh



Friday 1 April 2016

Program Sambutan Sempena ' World Autisme Awareness Day' Daerah Sepang 2016.

Jumaat, 1 April 2016 - Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah menyertai program sambutan 'World Autisme Awareness Day' di bawah anjuran Unit Pendidikan Khas dan Pemulihan, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang yang bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi. Program ini telah bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari.

Program ini bertemakan 'April Adalah Hari Kesedaran Autisme'. Objektif program ini diadakan adalah :

1.  Memberikan pendedahan dan advokasi kepada masyarakat.
2. Memperkasakan ibu bapa kanak-kanak autisme dengan ilmu mendidik anak-anak mereka.
3. Memberi peluang kepada kanak-kanak autisme untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran bahasa, mengira serta memupuk keyakinan diri.
4. Memupuk kemahiran belajar dengan melibatkan persekitaran luar bilik darjah atau alam sekitar.
5. Menjalinkan kerjasama pintar PDK dengan institusi pendidikan, pihak NGO, aktivis OKU dan PBT.

Tentatif program

7.30pg -8.30pg    - Pendaftaran dan makan pagi
9.00pg -10.30pg  - Semua acara dimulakan serentak. Taklimat dijalankan di setiap stesen.
                               Stesen 1 - Puzzle
                               Stesen 2 - Pentas Bakat
                               Stesen 3 - Sodoku / Teka Silang kata
                               Stesen 4 - Sukaneka
10.30pg -11.15pg - Upacara Perasmian & Gimik Autisme
11.15pg -12.00tgh- Penyampaian hadiah & Saguhati
12.30tgh               - Bersurai

Antara gambar dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program sambutan :


Risalah autisme

Acara dimulai dengan aktiviti senamrobik di bawah pimpinan Cikgu Noor Hayati Bt Yusof.

Kelihatan murid begitu bersemangat dan seronok sekali melakukan aktiviti permainan puzzle ini.

Aktiviti pentas bakat yang disertai oleh Rhoma Irawan dan Eanailfarrio.

Irfan sedang menyiapkan aktiviti teka silang kata.

Aktiviti sukaneka permainan kerusi beracun telah dimenangi tempat keempat oleh adik Qing Lok dan tempat kedua oleh adik Aiman Faiz.

Majlis perasmian dan bergambar kenang-kenangan.

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...