Tuesday 29 March 2016

Aktiviti Lapangan : Memanah

Selasa, 29 Mac - Unit Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan aktiviti lapangan memanah bertempat di Padang SK Taman Putra Perdana. Aktiviti memanah ini telah dikelolakan oleh 'Al-Musadiddun Achery' yang terdiri daripada Encik Azharul Amani b. Abdul Aziz, En. Zulhilmi b. Jumari, En. Tashkeel Soleh dan Encik Amran b. A.Hamid yang melibatkan seramai 36 orang murid, 10 orang guru dan 2 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Aktiviti memanah ini merupakan salah satu aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah yang mampu merangsang dan meningkatkan tahap penumpuan serta menyerlahkan keupayaan dan kebolehan murid. Aktiviti memanah ini juga secara tidak langsung dapat menambahkan pengetahuan serta memberi  pengalaman baru yang menyeronokkan kepada murid-murid PPKI. Murid-murid berpeluang merasai sendiri pengalaman untuk mengenali, memegang peralatan memanah serta memanah dengan cara yang betul.

Semasa aktiviti ini dijalankan, murid-murid telah dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil. Ini adalah untuk memudahkan pengurusan murid serta setiap kumpulan berpeluang untuk mengumpul seberapa banyak mata bagi memastikan kumpulan masing-masing memenangi hadiah yang telah disediakan. Murid-murid kelihatan begitu tekun dan bersungguh-sungguh bagi mengumpul mata atau markah untuk kumpulan masing-masing. Pihak tenaga pengajar 'Al-Musadiddun Archery' juga turut menyediakan hadiah bagi kumpulan yang dapat memanah dengan tepat dari jarak yang dekat. Tempat pertama dimenangi oleh kumpulan 1 yang diketuai oleh adik Muhammad Hafiz, tempat kedua dimenangi oleh kumpulan 3 yang diketuai oleh adik Muhammad Aqif dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan 2 yang diketuai oleh adik Muhammad Iskandar Zulkarnain. Tahniah diucapkan kepada ketiga-tiga kumpulan yang menunjukkan semangat kerjasama berpasukan yang sangat baik.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga khususnya diucapkan kepada tenaga pengajar dari 'Al-Musadiddun Achery', guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang turut serta dalam melaksanakan aktiviti lapangan memanah ini dengan jayanya.

Lampiran gambar sepanjang aktiviti memanah berlangsung

Semua murid berkumpul di dewan sekolah
Semua murid dan guru mendengar taklimat yang disampaikan oleh Encik Amran
Semua murid berkumpul di padang sekolah
Murid- murid diajar cara memegang busur dengan betul
Encik Amani menunjukkan cara memanah dengan betul
Pertandingan memanah dari jarak dekat 
Pemenang tempat pertama (Kumpulan 1)
Pemenang tempat kedua (Kumpulan 3)
Pemenang tempat ketiga (Kumpulan 2)

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...