Sunday 22 September 2013

AKTIVITI TERAPI RENANG PPKI

   Pada 5 September 2013 (Khamis) dan 19 September 2013 (Khamis), antara jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari, murid-murid PPKI seramai 23 orang telah menjalani aktiviti terapi renang yang bertempat di Kolam renang,Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya.

Aktiviti ini bertujuan untuk memenuhi aktiviti terapi di bilik darjah bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Taman Putra Perdana yang telah dirancang di samping dapat meningkatkan kemahiran individu dan psikomotor kasar dan halus murid-murid khas. Melalui aktiviti ini juga ia dapat memberi keyakinan murid untuk bersosial dengan masyarakat.

Objektif aktiviti ialah bagi membolehkan murid-murid memperolehi pengetahuan dan pengalaman di luar bilik darjah, membolehkan murid-murid bersosial dan bergaul sesama mereka di persekitaran di luar bilik darjah, memberi pendedahan kepada murid-murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar dan juga membolehkan murid menjalani sesi terapi yang dapat meningkatkan perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

Ringkasan perjalanan aktiviti terapi pada kedua-dua hari adalah seperti berikut:

Masa
Perkara
7.30 pagi

8.00 pagi
-Murid berkumpul di sekolah
-Taklimat mengenai keselamatan/terapi renang
-Sarapan pagi
8.30 pagi
-Bertolak ke kolam renang Kompleks Kejiranan Presint 16
9.00 pagi
-Tiba di Kompleks Kejiranan Presint 16
-Penerangan keselamatan
-Aktiviti Terapi Renang
11.30 pagi
-Pengurusan murid
-Bertolak pulang ke sekolah

Di bawah adalah rakaman gambar sepanjang aktiviti ini berlangsung.

Semua murid beratur terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke kawasan kolam renang.

Sesi regangan badan di dalam air.

Membantu murid membina keyakinan diri semasa berada di dalam air.

Aktiviti pemanasan badan terlebih dahulu pada sesi terapi renang kali kedua.

Membasahkan bahagian kaki terlebih dahulu.

Guru-guru PPKI turut menyertai aktiviti air.

Murid-murid PPKI meregangkan otot kaki masing-masing. Mana-mana murid yang tidak berupaya melakukan aktiviti ini  dibantu oleh guru dan PPM.


Aktiviti 'water confidence' bagi murid-murid PPKI yang berupaya melakukannya.

Masing-masing menunjukkan gaya dan kemahiran yang ada di bawah pemerhatian guru.


Disediakan oleh, 
Rozaitul Ikhma binti Ab Razak.

Kem Bestari Solat PPKI

  Kem Bestari Solat PPKI Sesi 2023 telah diadakan pada Jumaat, 27 Oktober 2023.     Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam den...